Tuesday, July 24, 2007

Kursus Kesempurnaan Solat & Muhassabah Diri



by Ustaz Hj. Zaharuddin b Hj Abd. Rahman.

Date : July 21st, 2007 (Saturday) 8am to 5pm
Venue : Auditorium, Kulliyyah of Medicine, IIUM.


Perkara pertama yang saya perasan, dewan tempat kursus hanya separuh penuh. Dan tak ramai kaum lelaki yang hadir. Memang menyedihkan. Saya sendiri berharap sangat ahli keluarga saya dapat hadir, terutamanya abah.

Saya kira, sebagai pemimpin, orang lelaki perlu mahir ilmu-ilmu agama ni, lagi-lagi bab solat. Penting tu, takut dikata dayus kerana membiarkan anak isteri menjadi ahli neraka, Na’uzubillah, ’dayus’ itu antara perkataan ustaz Zaharuddin. Perkataan dayus itu cukup menakutkan saya, dan cukup juga untuk membuatkan mana-mana lelaki tercabar.

Bagi saya, lelaki dan perempuan sama, dua-dua WAJIB mendalami ilmu agama. Cuma tanggungjawab lelaki lebih besar saya kira, sebab Allah amanahkan anak isteri kpd mereka untuk dipimpin.

Berbalik kepada kursus, kursus ini merupakan kursus advance. Ustaz pesan, orang yang tak biasa, sesetengah perkataan atau isu mungkin perkara baru.

Fokus ustaz ialah tentang kesempurnaan solat, bukan perkara2 seperti sah atau batal solat kita. Kursus ini membincangkan pendedahan dalil dan pandangan 4 mazhab Islam (Syafi’e, Hambali, Maliki dan Hanafi) dalam mendirikan solat. Untuk setiap perkara dalam solat, ustaz akan merujuk kepada sunnah Nabi s.a.w. dan juga memberatkan pandangan mazhab Syafi’e.

Dibantu dgn slide show & praktikal dari ustaz sendiri, beliau menerangkan dan membetulkan amalan kita dari berwudhu’, hingga perkara2 sunat selepas selesai solat.

Berikut perkara yang ustaz tekankan; yang lazim kita buat, tapi tak kita sedari mungkin salah atau kurang sempurna. Wallahu’alam.

CIRI-CIRI SOLAT YANG SEMPURNA:

1. BERWUDHU’ (al-Maaidah:6)

· Mazhab Syafi’e : perlu serentak ketika berniat wudhu’ dan ketika air sampai ke muka.
· Sunnah Nabi s.a.w : basuh kaki dengan sempurna; menggosok kaki dgn menggunakan tangan (bukan setakat mengalirkan air ke kaki).
· Ijtihad dari Imam al-Ghazali : untuk khusyu’ ketika berwudhu’, disarankan berdo’a ketika setiap kali membasuh anggota wudhu’ (ada do’a khusus, tapi saya tak cari lagi..hu).
· Kesimpulan : kesempurnaan wudhu’ itu membawa kepada kesempurnaan solat..insyaAllah.

2. MENGADAP KIBLAT

· Mazhab Syafi’e : batal solat jika kiblat salah.
· Bagi musafir (esp. yg sukar menentukan arah kiblat):
o jika solat fardhu, wajib mengadap kiblat, sekiranya solat sunat, tak diberatkan mengadap kiblat.
o Rujuk al-Baqarah : 149

3. MELETAK PENGHADANG (SUTRAH) DI HADAPAN TEMPAT SUJUD.

· sebagai penanda kawasan solat & sujud kita supaya org lain maklum, dan tidak lalu di hadapan kita semasa solat.

4. BERDIRI TEGAK

· Jarak antara dua kaki: ikut keselesaan.
· Solat jema’ah : hujung jari kaki bersentuh kaki ahli jema’ah di sebelah, bahu bertemu bahu.
· Ustaz menyarankan : Iqamah sebelum solat, walaupun solat bersendirian.

5. BERNIAT

· Mazhab Syafi’e : niat dan takbiratul ihram serentak.
· Lafaz niat tak memerlukan sebutan ayat yg khas atau tertentu, yg penting, niat yg di hati tu.



Ustaz pesan, orang yang tak berilmu, takkan tau yang dia berdosa. wallahu'alam


(to be continued)







No comments: