Monday, August 20, 2007

Marhaban ya Ramadhan




RAMADHAN

SAYYIDUSSHUHUR..
Penghulu segala bulan.

Antara persiapan menyambut Ramadhan:

1. Ma’nawi (niat)

· Persiapan jiwa & mental
· Terbitkan rasa rindu & gembira dgn kedatangan Ramadhan
· Persiapan doa & hati :

“Ya Allah, selamatkanlah aku agar dapat bertemu Ramadhan”

· Jaga maksiat mata, telinga, mulut,hati...tinggalkan syahwat..
· Berusaha untuk memahami kelebihan Ramadhan.
· Pahala dilipat-gandakan, hikmahnya: utk menutupi kekurangan pada amalan kita, kerana ketaatan umat Muhammad s.a.w tiada yg sempurna & pasti ada cacat cela.


2. Fikriyyah (fikiran)

· Fahami konsep berpuasa dgn betul, bukan berpuasa atas dasar ikutan semata2.


3. Tulisan

· Sebarkanlah ilmu melalui tulisan, contohnya, mengedarkan risalah kpd rakan2 yg lain tentang keistimewaan Ramadhan.


4. Duit

· Gunakan duit utk beramal, walau sedikit. Tuhan Maha Pemurah dgn pahala & keampunanNya.

5. Jasad

· Amalkan cara hidup yang sihat, kerana itu kunci utama utk beribadah esp. bangun beribadah pd waktu malam.

6. Amalan

· Aishah r.a meriwayatkan, Rasul s.a.w paling banyak berpuasa sunat pada bulan Sya’aban.
· Sesiapa yg berpuasa sunat: di mana ada org lain yg menjamah makanan di hadapannya, maka makanan itu akan berdoa kpd tuhan untuknya.


7. Baca Quran

· Quran merupakan penawar utk hati. Amalkan membaca Quran, insyaAllah hati sentiasa tenang dan jiwa sentiasa bersih.
· Quran akan menjadi saksi utk kita di hari akhirat, dan akan memberi syafa’at kpd sesiapa yg membacanya.

8. Solat sunat

· Solat antara perkara awal yg dihisab, solat sunat spt tahajud & terawih dapat tampung kekurangan solat fardhu kita.
· Ustaz pesan, maksiat yg kita buat pd siang hari mungkin antara sebab knp kita susah nak bangun utk qiamullail..




· Kelebihan qiamullail:
o Dapat mendekatkan diri dgn Tuhan.
o Hati tak terdorong untuk buat dosa.
o Memberi kekuatan hati dan badan.
o Syafa’at di padang mahsyar



Reading and Listening are really two different things.




Ringkasan Ceramah.
Ceramah oleh: Ustaz Imran, UIAM.
Musolla brothers, IIUM Kuantan.
August 18, 2007.
5 Sya’ban 1428

picture courtesy : http://ravemastah.blogsome.com/images/ramadhan.jpg

2 comments:

hazimin salleh said...

Jangan pandang kepada kecantikan
kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan
kejar kemewahan kerana ianya akan
susut.

Carilah seseorang yang
membuatkan anda tersenyum kerana ia
cuma memerlukan se kuntum senyuman
untuk
mencerahkan hari yang suram. Carilah
yang membuatkan hati anda
tersenyum.

artikel ni di amik daripada Sly..my fren,

Isma Yanti said...

"Carilah yang
membuatkan hati anda tersenyum."